Kesian Anak Bila Mama Tak SIhat

Alkisah kami diuji dengan kesihatan yang kurang baik minggu lepas. bermula dengan Indah yang food poisoning. Asyik muntah je. Kesian. makan apa pun muntah balik. Dia takder la merengek sangat tapi lemah je sebab lapar kot. 



Belah malam papa pulak yang mula muntah dan ciri birit. So mama syak punca dari sarapan sebab papa dan Indah share makan nasi goreng kat satu kedai ni. Memang pangkah lah lepas ni kedai tu sebab sebelum ni pun Lynd pernah terkena pulut sarapan yang basi tapi Lynd pulangkan balik sarapan tu.

Lepas settle papa dan Indah, mama pulak take over cirit birit. So ada yang cakap maybe jangki sebab kami guna toilet yang sama. Kuman apa entah dorang cakap. So jumaat tu memang mama terbaring lembik jelah.

Sampai Kaseh tak sekolah KAFA petang tu sebab mama tak ingatkan suruh dia bersiap. Dan juga jujur mama cakap tak payah sekolah sebab bila ada Kaseh kat rumah dia boleh tolong tengokkan Indah sementara mama tersadai ni.

Masa tu lah Lynd terfikir, berat tugas Kaseh sebenarnya sebab nak kena tolong jagakan adik-adik bila mama tak sihat. Alhamdulillah 2-3 tahun ni Lynd diberi kesihatan yang baik dan jarang batuk selsema pun, mungkin berkat dari Lynd konsisten amalkan supplement juga. Alhamdulillah.

Jadi sebagai mak ni kita takder kesempatan pun nak MC sebab anak-anak memang tanggungjawab kita sepanjang masa. Bukan setakat kita yang kesian sebab sakit tapi sebab anak-anak juga terjejas bila kita sakit.

Sesekali sakit ni adalah ujian Allah untuk kita sentiasa bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah berikan selama ni. Dan sakit juga penghapus dosa. Semoga kehidupan Lynd dan pembaca blog comel ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik.


Tiada ulasan: