Mama Nak MC

Pengalaman tak boleh lupa masa baru lepas bersalinkan Kaseh si permata pertama.



Masa tu dah habis pantang dah cuma belum masuk keje lagi.

Rutin biasa bila ada baby adalah bangun pagi mandikan dan sedia "berkhidmat" untuk baby.

Yelah kan. Baby new born, kalau dia nak menyusu so susukan lah. Kalau dia merengek kena lah pujuk. What else kan.

So tak payah nak susun jadual sangat kalau baby dah bangun. Apatah lagi nak bangun lewat macam zaman takdak la.

So bangun pagi tu, even mata belum buka lagi badan kita ni dah berada dalam mode "Standby".

Bersedia dengan sebarang kemungkinan dan kehendak anak.

Plus.. Anak pertama memang cuak lah. Anak tak boleh bunyi sikit kita dah cuak.

Sampai 1 tahap, pagi tu. Mata tak buka lagi tapi dalam kepala dah fikir "Aku nak MC lah hari ni"

MC tu biasa kalau keje memang tak buat lah segala sebagai kerja kan.

Tapi dah masa tu memang dah cuti..

Nak MC dari apa?

Nak MC dari jadi mak?

Iyaaaa.. Masa tu fikir nak MC sebab nak rehat dan tidur bangun lambat.

Bila dah sedar tu, baru perasan.
Being a mom there is no such thing of MC.

Maka abaikanlah niat nak cuti jadi mak.

Sebab tu Lynd memang elak sangat sakit ni. Memang lah semua orang taknak sakit tapi Lynd lebih kepada prevention.

Selsama batuk pun taknak.

Even sekarang ni anak dah boleh urus diri sendiri sikit2 pun memang taknak batuk ke selsema ke apa sebab bila mama sakit emosi pun cepat meletup.

Anak tanya soklah lebih sikit pun boleh marah macam anak taknak gi sekolah.

Hehehe..

Alhamdulillah sangat.
Dengan gaya hidup baru yang Lynd amalkan sekarang ni Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Lynd dan anak-anak..😊

Sapa pernah terfikir nak minta MC jadi mak macam Lynd?

Tiada ulasan: