Ambil Set Kesuburan Untuk Kurangkan Kesan Suntikan Perancang

Hari ini Lynd akan kongsikan pengalaman sendiri yang terpaksa ambil Set Kesuburan Shaklee buat kali pertama kesan daripada pengambilan suntikan perancang. Selepas melahirkan anak kedua, disebabkan Lynd mengalami 3rd degree tear, maka waktu pemulihan ambil masa dan sangat penting untuk menjarakkan kehamilan. Jadi Lynd ambil suntikan jenis Depo-Prevera setiap tiga bulan kerana lebih mudah berbanding pengambilan pil setiap hari.





Nurse sudah bagitahu antara kesan pengambilan suntikan ini adalah period akan tidak teratur tetapi ia tidak akan mengganggu penyusuan susu ibu. Apa yang terjadi adalah Lynd langsung tidak datang bulan walaupun selepas bersalin 1 tahun 7 bulan dan Lynd sudah berhenti ambil suntikan depo tersebut.

Lynd ada baca yang selepas berhenti ambil suntikan pun badan perlu masa untuk kembali normal dan selepas membuat pemeriksaan doktor dapati dinding rahim Lynd normal dan tiada sebarang darah period yang "tersangkut". Ini bermaksud hormon Lynd tidak stabil sehingga pembentukan darah period pada dinding rahim pun tidak terbentuk walaupun hampir 2 tahun selepas bersalin.

Suntikan depo terakhir adalah May 2013 dan sehingga December 2013 Lynd ambil keputusan untuk berbuat sesuatu untuk membetulkan keadaan ini. Ketika itu Lynd sudah mula bersedia untuk hamil ketiga tetapi macamana nak mengandung kalau tak period.

Dan bermula pertengahan December 2013, Lynd buat research mengenai produk yang boleh betulkan hormon untuk period dan akhirnya Lynd terjumpa mengenai GLA Shaklee. Produk pertama yang Lynd order adalah GLA Shaklee untuk period dan Lechitin untuk kurangkan berat badan. Sebab Lynd ada baca yang berat badan berlebihan merupakan salah satu faktor gangguan hormon.

Lynd order terus dengan daftar keahlian sebab nak dapatkan produk Shaklee dengan harga murah. Sebab Lynd dah tahu supplement ni mesti kena amalkan secara berterusan, bukan 1 botol ja terus jadi. Maka daftar sekali terus dapat harga ahli.




Lepas dapat GLA dan Lechitin tu Lynd minta consultation dari Jacky iaitu Pengedar Shaklee yang Lynd order dan daftar ahli tu dan masa tu baru Lynd berani nak ceritakan masalah kenapa Lynd nak ambil Shaklee. (Awal2 tu segan)



Lepas Lynd cerita yang tujuan ambil adalah untuk betulkan period dan kuruskan badan, Jacky cadangkan ambil Alfalfa untuk tujuan detox dan ESP bekalan protein. Dalam waktu yang sama, sebagai ahli Shaklee Lynd dah layak masuk dalam closed group di facebook dan mengagumkan disana Lynd dapat banyak info mengenai kesihatan dan inspirasi.



Selepas 3 bulan amalkan supplement Shaklee, Lynd tidak merasakan kesan yang ketara sangat dan period masih belum kunjung tiba. Lynd buat research lagi dan finding yang buat rasa nak tepuk dahi sendiri adalah, "caffein menjadi punca penyerapan supplement terganggu" dan diet tinggi gula jadi penyebab berat badan tak turun.

Salah konsep selama ni. Ingatkan supplement itu adalah short cut untuk sihat tanpa perlu ubah cara hidup. Dah rasa "rugi je makan supplement tapi manfaat tak sepenuhnya" maka Lynd nekad dah taknak membazir dah.

Lynd mula stop ambil nescafe terutama yang dalam tin tu sebab itulah kegemaran tiap hari. Kalau rasa kebas bibir rindukan pahit nescafe pun Lynd bancuh sikit ja buat rasa.



Dalam waktu yang sama Lynd dah mula pergi gym sebelah malam sebab siang kerja kan. Kesan dengan gaya hidup baru ini adalah Lynd rasa lebih bertenaga dan dah tak lemau dah. Selama ni lemau ja minum nescafe tapi kesannya kejap je. Lepas tu lemau balik.

Keputusannya adalah, selepas lebih kurang 3 bulan stop nescafe, bersenam dan ambil supplement, akhirnya Lynd period pada bulan August 2014. Nampak tak berapa lama Lynd usaha untuk betulkan hormon yang tak tentu hala ni? Dec 2013 - Aug 2014.

Alhamdulillah. Syukur tak payah ceritalah. Seronok sangat masa tu.

Tapi..

Itulah period pertama dan terakhir Lynd.
Sebelum Lynd disahkan hamil 2 bulan kemudian. Heeeee.. Apakah?

Set kesuburan Shaklee
Rasa nak pengsan bila tengo result malam tu.


Nampak tak, bukan setakat hormon kembali normal malah terus subur. Bila dah disahkan hamil tu, terus stop ambil GLA dan Alfalfa terus sambung ambil Set Kehamilan Shaklee tapi tak banyak pun kena topup sebab Lynd dah memang amalkan sebahagian produk dalam set tersebut dari sebelum hamil lagi.

Jadi rumusan yang Lynd boleh buat untuk iktiar hamil kita perlu :
  1. Kenalpasti punca - Hormon / Berat Badan / Masalah kesihatan lain
  2. Amalkan Gaya Hidup Sihat - Pemakanan / Aktiviti 
  3. Jangan mudah putus asa dan teruskan berdoa.


Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Lynd Abu Bakar

Klik

Facebook : Lynd Abu Bakar 

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13


Tiada ulasan: