Cara Kira Usia Kandungan

Assalamualaikum.

Teringat pengalaman mengandung anak pertama, boleh dikatakan Lynd bunting pelamin sebab Lynd tak sempat period pun selepas kahwin tu sebab terus "sangkut". Tapi perkara yang "merisaukan" Lynd adalah cara kira usia kandungan.



Masa check up pertama lepas buat ujian upt sendiri, doktor tanya bila first day period terakhir. Memang Lynd ingat dan tarikh tu adalah seminggu sebelum Lynd kahwin. Dan doctor cakap Lynd hamil 6 minggu dan masa tu pelik juga sebab kitorang baru sebulan lebih kawin dalam 5 minggu gitu.

Then mulalah risau bila orang tanya pregnant berapa bulan? Nak jawab 2 bulan (masa tu 8 minggu) tapi kawin tak sampai 2 bulan lagi.

Lynd pun study cara kira usia kandungan di internet. Rupa-rupanya usia kandungan dikira bermula dari hari pertama period terakhir.


Sebab pada hari itulah dikira kitaran rahim kita.


Contoh :

Last period : 1 October 2017
Kitaran Period : 30 Hari.
Dijangka period seterusnya : 30 October 17.

Tapi selepas seminggu period still tak datang dan kita buat upt, keputusan positif.

Maka usia kandungan kita dikira daru
1 Oct - 7 Oct : 1 Minggu
8 Oct - 14 Oct : 2 Minggu
.
.
29 Oct - 4 Nov : 5 Minggu.

Dah kebetulan kita kawin masa 10 October, bukan bermaksud kita hamil sebelum nikah.
So jangan risau ye..😊

Lebih mudah, boleh je guna apps / website yang boleh tolong kira usia kandungan kita.

Cuma masukkan tarikh hari pertama period sahaja.


Dan bagaimana nak tahu usia kandungan dalam "Bulan" ?
Biasanya doktor sahaja yang guna minggu dan orang biasa lebih suka guna bulan.

Boleh rujuk gambar dibawah untuk lebih mudah kita fahami.


Lebih Mudah kan?

Harap post Lynd ini dapat membantu rakan-rakan memahami cara kira usia kandungan dan tarikh jangkaan bersalin nanti.








Tiada ulasan: