15 Cara Menulis Blog Mesra Seo

Alhamdulillah. Pencarian di google "Cara Menulis Blog Mesra SEO" menemukan Lynd dengan artikel 15 Cara Ampuh Menulis Artikel SEO Friendly yang Belum Anda Tahu! yang dikemas kini November 2017. Sukar sebenarnya nak jumpa tips menulis blog yang updated dan tersusun macam ni tetapi susah juga nak faham ayat dari Indonesia ni. Tapi takper di post ini Lynd akan buat rumusan dan permudahkan supaya kita dapat gunakan untuk menulis di blog masing-masing.

Cara Menulis Blog Mesra SEO


Tips 1 : Utamakan User Experience


User experience bermaksud, feedback / tindak balas pembaca atau pelawat blog kita. Cara paling mudah untuk mengukur user experience yang bagus adalah berapa lama pelawat blog menghabiskan masa untuk membaca penulisan kita, adakah mereka klik link lain di blog kita, adakah mereka share artikel kita kerana ia menarik dan bermanfaat.

Jadi jika kita faham secara teknikal bagaimana untuk menaikkan SEO tetapi pelawat rasa post kita tidak menarik atau terlampau ‘robot’ sebab kita tidak mengutamakan keselesaan pembaca yang menyebabkan “bounce rate’ atau pembaca cepat-cepat keluar dari blog kita itu juga tidak menyumbang kepada ranking seo.

Faktor lain yang mempengaruhi User Experience
Design website / blog professional
Navigasi mudah
Ukuran dan jenis font yang mudah dibaca
Minimumkan kesalahan ejaan atau typo error
Feedback yang baik seperti komen, perbincangan dan shar
Loading page pantas
Design yang responsive


Tips 2 : Gunakan Key Word pada Tajuk Posting


Keyword wajib ada pada tajuk dan lebih awal keyword (berada lebih kiri) adalah lebih bagus tapi jangan sampai  tajuk jadi sukar dihafami dan sampai orang taknak klik pun.
Panjang Tajuk jangan melebih 71 karektor


Tips 3 : Tajuk Yang Mengundang Klik

Jika kita mampu menulis blog dan tajuk mesra SEO tetapi tidak mempu mengundang klik, google juga dapat mengesan dan mula tertanya-tanya kenapa artikel top ranking di google tetapi tidak ada orang klik. Google akan kesan samada post blog-blog dari AGC (auto generated content).

Jadi  hasilkan tajuk yang menarik yang menyebab orang sudi klik artikel kita.


Tips 4 : Tulis Artikel Panjang  & Dalam

Berkait dengan User Experience tadi, selain jumlah perkataan antara 500 – 1000 perkataan, ayat dan point-point juga perlu disusun supaya pembaca terus membaca sehingga habis.

Lebih panjang dan manarik artikel kita lebih lama pembaca berada di blog kita. Maka itu lebih bagus.


Tips 5 : Gunakan Internal Linking

Banyakkan Internal Link kerana lebih banyak internal link lebih “berkuasa”  sesuatu post itu. Lihat contoh Wikipedia menggunakan link yang banyak dalam setiap post mereka.




Tips 6 : External Link

Jangan risau untuk buat external link terutama ke website rasmi kerana external link yang berkualiti dan berkait dengan keyword akan meningkatkan ranking google. Info menarik mengenai external Link boleh ke link di gambar dibawah.

cara menulis blog


Tips  7 :  Hati-Hati Keywords Density.

Jangan terlalu kerap membuat ulangan keyword dalam artikel sehingga menggugat user experience dimana ayat kita menjadi tidak menarik dan membosankan.



Cukuplah pengulangan 3-5 % sahaja dari artikel kita. Mungkin 3-5 kali sahaja penggunaan perkataan key word.

Tips 8 : Masukkan Latent Semantic Indexing (LSI) Keywords

Gunakan perkataan berkaitan dengan keywords. Contoh jika keyword Set Bersalin Shaklee. Boleh banyakkan perkataan lain seperti penjagaan selepas bersalin, set berpantang, resepi berpantang.


Untuk mencari keyword-keyword LSI boleh juga gunakan Google Suggestion/Autocomplete, Google Related Search 

TIPS 9 : Kurangkan penggunaan Bold, Italic dan Underline.

Berpada-pada jangan sampai menyakitakan mata pembaca dan menggugat user experience. Gunakan Bold – Penekanan keyword (sekali sahaja cukup), Italic - Untuk perkataan bahasa inggeris dan Underline – Garis pada point penting.


Tips 10 : Gunakan h1, h2, h3

Bagi blogspot h1 adalah tajuk yang mengandungi keyword
Jadi dalam posting gunakan juga element h2 untuk point-point atau segmen dan h3 untuk tajuk kecil.

Seperti posting ini saya gunakan Heading /h2 untuk 15 point yang diberikan.



Tips 11 : Gunakan URL Pendek dan Mengandungi Keyword Utama (Permalink)

Permalink yang baik mengandungi 3-5 perkataan yang mengandungi keyword.

Contoh :

Keyword : Tips Mudah Hamil
Tajuk : 15 Tips Cara Mudah Hamil Cara Selamat Dan Mudah

Permalink Asal : http://www.vitalynd.com/2017/10/15-tips-cara-mudah-hamil-cara-selamat.html
Permalink Edit : http://www.vitalynd.com/2017/10/15-tips-mudah-hamil.html



TIPS 12 : Optimasi Meta Descripsi

Ciri-ciri meta description adalah mempunyai keyword supaya google dapat mengesan post kita.
Dan satu lagi ciri-ciri descripsi yang baik adalah mampu menarik CTR atau orang klik post kita.



Jika kita tidak mengisi Description, apa yang keluar di hasil carian google adalah tajuk blog dimana ia kurang menarik dan terlampau focus pada keyword.




Selain descripsi yang menarik, boleh juga buat ayat tergantung yang membuatkan orang ingin tahu lebih lanjut mengenai post kita.

TIP 13 Masukkan alt text

Google dapat mengenalpasti gambar berkaitan keyword melalui “alt text”. Jadi masukkan alt text dengan keyword,

Cara menulis blog mesra seo

Cara menulis blog mesra seo


TIP 14 Gunakan gambar, video, info grafik dll

Berikan pengalaman menarik kepada pembacaan dengan menyajikan lebih informasi menggunakan video dan gambar yang menarik.

Cara menulis blog mesra seo

Penyampaian akan menjadi 80% lebih effective dengan gambar dan video yang dikongsikan.

Tips 15 Gunakan Variasi keyword

Contoh dibawah di ambil dari MOZ.COM

Cara menulis blog mesra seo

Keyword diulang dengan cara yang pelbagai dan tidak perlu ulang keyword penuh setiap kali digunakan bagi mengelakkan ayat kita kelihatan kaku.

Sekian 15 point yang Lynd kongsikan secara ringkas dan fokus kepada blogspot. Dan kepada yang ingin penjelasan lanjut, boleh lah rujuk terus pada entry asal diatas. Semoga setiap point yang dikongsikan menjadi guideline setiap kali membuat penulisan di blog.





1 ulasan:

Norlaili A Wahab berkata...

Terima kasih lynd. Happy Birthday šŸ°