6 Kaedah Perancang Kehamilan dan Kesannya

Setiap kali selepas bersalin terutama yang menggunakan perkhidmatan klinik kesihatan, ibu sangat disarankan untuk mengambil perancang kehamilan atau perancang keluarga. Tujuan untuk kita menjarakkan kehamilan adalah untuk memberi masa untuk ibu pulih sepenuhnya dan bayi dapat diberi tumpuan sepenuhnya sebelum kehadiran bayi baru keluar. 


Ada ramai yang lebih suka untuk "merancang sendiri" kerana bimbang pada kesan sampingan pengambilan pil perancang keluarga atau pun kaedah lain. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jom kita kenali kaedah perancang keluarga hari ini.

1) Kondom

Boleh dikategorikan sebagai merancang sendiri kerana ia bergantung kepada keselesaan dan usaha pasangan untuk menggunakan kondom semasa melakukan hubungan suami isteri

2) Kiraan Waktu Subur

Kaedah ini hanya sesuai untuk wanita yang mempunyai kitaran haid yang konsisten dan stabil sahaja. 


Pasangan perlu mengelak untuk melakukan sebarang hubungan suami isteri ketika tempoh subur isteri (fertile time).

Dan dengan teknologi hari ini ada applikasi yang boleh digunakan bagi mengira waktu subur.




Kaedah ini juga sangat berisiko dan tidak boleh digunakan bagi ibu yang belum datang haid selepas kelahiran.


3) Pengambilan Pil Perancang



Terdapat beberapa jenama yang terkenal di Malaysia seperti Nordette, Marveron, Mercilon dan Noriday. Jika ibu memilih untuk mengambil pil perancang yang dibekalkan secara percuma dari klinik kesihatan mereka akan bekalkan jenama Noriday

  • Ketahui jenama yang sesuai diambil jika anda adalah ibu yang menyusu kerana ada sesetengah jenis pil perancang yang akan mengganggu penyusuan susu ibu.
  • Pengambilan perlu konsisten dan seseorang wanita itu sangat berisiko untuk hamil jika tertinggal pengambilannya.

4) Kaedah Suntikan




Boleh dikata cara paling mudah kerana hanya perlu ke klinik untuk mengambil suntikan Depo ini setiap 3-4 bulan sekali dan keberkesanannya sehingga 99%. Dan yang paling bagus adalah kaedah ini tidak mengganggu proses penyusuan susu ibu.

Tetapi kaedah suntikan ini akan memberi kesan yang lain seperti 
  • Kenaikan berat badan
  • Period tidak teratur
Untuk kembali hamil hanya perlu berhenti mengambil suntikan ini dan berikan masa untuk badan kembali normal sebelum kembali hamil.

Amalkan supplement seperti GLA, Alfalfa, BComplex, Omega Guard, ESP untuk menstabilkan hormon.


Jika di klinik kesihatan diberi percuma tetapi jika kehabisan stok kita diminta untuk mendapatkan suntikan di klinik swasta. Harga dalam Rm 30-Rm 40.


5) IUD/IUCD



IUD bermaksud ‘Intra Uterine Device’, atau juga digelar ‘Intra Uterine Contraceptive Device’ (IUCD) iaitu proses memasuk sejenis alat plastik yang bersaiz lebih kurang 3 cm ke dalam rahim.

Kaedah ini paling kurang mengganggu hormon dan mudah untuk kembali hamil dengan membuka alat ini kembali apabila kita sudah sedia untuk hamil. Kaedah ini juga tidak mengganggu proses penyusuan susu ibu 

Kekurangan kaedah IUD/IUCD adalah proses pemasangan alat ini mestilah dalam keadaan bersih kerana risiko jangkitan kuman jika proses ini tidak dijalankan dengan berhati-hati. 

Ada sesetengah pasangan yang risau untuk bersama dengan adanya alat ini tetapi hubungan suami isteri tidak terganggu walupun alat ini di pasang.

6) Pemasangan Implan


Kaedah paling kurang penyelenggaraan kerana proses dijalankan hanya memasukkan implan ke kawasan lengan dan selepas bersedia untuk hamil kita boleh membukanya di hospital bila-bila masa. Dan 1 tiup adalah untuk kegunaan 3-5 tahun. 

Proses ini adalah progestogen iaitu etonogesterol akan dihasilkan pada kadar yang sama setiap hari untuk mencegah kehamilan. Dan proses untuk kembali hamil juga lebih singkat berbanding kaedah suntikan.

Kaedah ini antara yang paling mahal iaitu mencecah sehingga Rm 500 untuk pemasangan dan Rm 100 untuk mengeluarkannya kelak.


Ada yang dilema untuk menggunakan kaedah 3-6 kerana risau kesan sampingan yang diwar-warkan tetapi mungkin kita boleh gunakan untuk 1 tahun sahaja sekurang-kurangnya badan kita sempat kembali pulih sebelum "eksiden" mengandung semasa bayi kita belum pun 1 tahun.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Lynd Abu Bakar

Klik

Facebook : Lynd Abu Bakar 

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13


Tiada ulasan: