Me Time As Housewife

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ahad lepas tanpa perancangan awal pun Lynd berpeluang untuk join 1 event anjuran YL. Sebenarnya  ganti orang lain yang tak dapat pegi so my bff just tanya kalau nak join so bila fikir why not kan. Sebab kawan Lynd tu pun salah seorang pengedar YL so tempat tu limited sangat so rugi kalau letgo kat orang lain kan.

Event tu hari ahad and suppose to be 2 hours sahaja so memang ok je lah mama ni nak melepaskan anak nan 3 ketui di hari ahad bersama papa.

Memang tak plan nak cakap kat anak-anak awal, so just pagi tu ja kejut dorang sebab nak keluar hantar mama gi "sekolah". Anak-anak memang dah biasa dengan term "mama gi sekolah" sebab Lynd selalu join training yang Shaklee anjurkan dan juga seminar on marketing. Ada yang mama angkut je dorang dan ada yang mama tinggalkan.

So untuk hari ahad tu memang tak boleh bawak budak unless baby yang still breastfeed. So anak-anak hantar mama gi MRT Sungai Buluh dan mama teruskan perjalanan ke TTDI. Plan asal nak jalan kaki ja dari MRT ke tempat event sebab ikut maps 9 min jalan kaki. Tapi dipermudahkan Cik Lea call dan dah tercongok kat kat bawah stesen MRT tu nak jemput.

Muka bahagia dapat jumpa

Alhamdulillah.. Dipermudahkan. Kalau tak berpeluh jugak ketiak nak sampai tu.

Event tu macam sesi untuk melatih diri macamana nak set impian, kenal pasti negative voice, feel it dan cuba untuk put aside the feeling and keep moving.

Subhanallah.. sesi 2 jam tu cukur bermanfaat kerana ia mengajar kita macamana nak kebal dalam melawan rasa down bila kita dikritik dan mengenalpasti push factor kita dalam berjaya.

 

Best sangat. Lepas je event tu pekena nasi briani kat kedai bawah tu. Peghhh.. memang sedap lah.

Syukur sangat Allah beri peluang tu semalam yang membuatkan tercetusnya idea baru untuk diri Lynd. InsyaAllah akan memberi manfaat pada semua. Stay tune ya.



Tiada ulasan: