Perlu ke ambil perancang keluarga dan apa kesannya

Lynd suka sangat jenguk-jenguk page facebook yang berkaitan dengan mak-mak ni macam Kumpulan Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), banyak sangat perkongsian pendapat, masalah dan kegembiraan disana. Tapi Lynd tak mampu nak komen atau kasi pendapat di sana. Antara isu yang menarik perhatian Lynd adalah mengenai Perlu ke ambil perancang keluarga

Lynd kongsikan pengalaman sebelum ini. Selepas bersalinkan anak pertama, Lynd tidak mengambil sebarang perancang keluarga dan Lynd tak pasti sebab apa masa tu. (Maaf lah) Tapi Lynd ada terbaca yang menyusukan bayi boleh merancang keluarga secara semula jadi. 

Tapi ada syaratnya :
  1. Hanya sah sehingga 6 bulan selepas bersalin 
  2. Belum period sejak lepas bersalin.
Macam kes Lynd tak period sehingga lebih 1 tahun selepas bersalin jadi Lynd kurang risau lah. Tapi dalam keadaan relax tu ada juga kerisauan dan entah berapa kali Lynd beli pregnancy test kit sebab ingatkan mengandung.

Dan lepas 1 tahun 4 bulan gitu Lynd period dan 2 bulan lepas tu Lynd disahkan hamil. Masa tu Kaseh dah 1 tahun lebih jadi takder lah risau sangat. Awatif anak ke 2 Lynd lahir masa umur Kaseh 2 tahun lebih.

Tapi disebabkan masa melahirkan Awatif, Lynd mengalami 3rd degree tear, doktor sangat tekankan untuk Lynd menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk beri peluang luka sembuh sepenuhnya.

So Lynd buat keputusan untuk ambil perancang jenis suntikan kerana :
  • Tidak mengganggu penyusuan
  • Mudah kerana suntikan diambil setiap 3 bulan
  • Keberkesanan hingga 99%
Pada asalnya Lynd ambil suntikan perancang di klinik kesihatan, walaupun diberi percuma tetapi kita kena ikut masa appointment yang diberikan which is Lynd kena ambil time slip sebelum gi kerja.

Bila ambil di klinik swasta dalam harga Rm 40 untuk 4 bulan. So ok lah kan masih mampu.

Kesan ambil suntikan perancang ni nurse ada brief masa awal-awal sebelum buat keputusan tu dan salah satunya adalah period akan terganggu. Tapi Lynd tak risau pun pasal period sebab kalau ikutkan masa tak ambil perancang pun Lynd memang tak period jugak kan.

Selepas lebih kurang 1 tahun lebih gitu Lynd decide nak stop ambil suntikan sebab pada hemahan Lynd badan kita akan perlukan masa untuk kembali normal lepas stop ambil perancangkan. Lagi pun kalau dah termengandung pun ok ja anak no 2 dah umur lebih 2 tahun masa anak ketiga lahir. Padahal masa tu hati dah mula menggeletek nak baby lagi. Heheheh.

Tapi lepas dah 1 tahun 6 bulan still tak period. Gi check dan scan doktor bagitau yang rahim Lynd normal cuma tak kelihatan sebarang darah period yang terbentuk. So buka sebab period tak keluar tetapi memang hormon Lynd tak stabil yang menyebabkan dinding rahim Lynd tak menebal pun.

So macamana nak period kalau darah pun takdak kan?  Lynd decide ambil supplement untuk hormon.



Ambil supplement sahaja tak menjanjikan hasil yang kita nak tapi lepas amalkan 3 gaya hidup sihat ni baru lah menampakkan kesannya. Dan alhamdulillah, lepas diuji Allah izinkan Lynd period dan terus sangkut mengundungkan Indah.

Pada pendapat Lynd perlu atau tidak merancang itu sangat bergantung kepada individu. Bila kita tak ambil perancang kita cadang kat orang lain pun tak perlu ambil dan begitu juga sebaliknya. Jika ibu yang bersalin secara czer atau ada komplikasi lain, jadi sangat berisiko jika mereka hamil,

Apa- apa pun kena tanya keperluan dan risiko sendiri.


Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Lynd Abu Bakar

Klik

Facebook : Lynd Abu Bakar 

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13







Tiada ulasan: