Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Isteri

Impian setiap pasangan suami isteri adalah untuk menimang cahaya mata secepat mungkin bagi menyinari rumah tangga yang dibina. Tetapi ada juga yang diuji dan Allah inginkan mereka berusaha lebih sedikit sebelum Allah kurniakan cahaya mata. Ada banyak cara dan ikhtiar yang boleh dilakukan dalam mendapatkan zuriat termasuklah rawatan dengan doktor dan juga mengamalkan supplement seperti Set Kesuburan Shaklee.



Bagi yang memilih untuk berjumpa dengan doctor, ia adalah langkah bijak dan lebih cepat kerana doctor akan membuat pemeriksaan kesihatan dan punca kenapa sesuatu pasangan itu belum mendapat zuriat. 

Antara Punca ketidaksuburan suami isteri adalah :
  • Rahim isteri tidak normal – doctor akan cadangkan rawatan seterusnya
  • Period tidak teratur – menyebabkan waktu subur tidak dapat ditentukan
  • Keputihan – Jangkitan bacteria yang menyebabkan keadaan rahim yang tidak “sihat” untuk persenyawaan dan tidak dapat menghasilkan telur berkualiti.
  • Sperma tidak sihat / cacat

Peranan Set Kesuburan Shaklee dalam meningkatkan potensi hamil suami isteri adalah lebih kepada memastikan suami isteri memperolehi nutrisi / vitamin yang mencukupi bagi membantu menyelesaikan masalah di atas dan seterusnya meningkatkan potensi hamil.


Terlebih dahulu beberapa perkara perlu dilihat sebelum produk Shaklee yang sesuai dicadangkan
  1. Kitaran Haid – Adakah kitaran haid konsisten atau senggugut setiap kali datang bulan.
  2. Keputihan – Keputihan yang teruk adalah tanda-tanda rahim tidak sihat
  3. Berat Badan – Berat badan yang berlebihan berkait juga dengan hormon yang akan mempengaruhi potensi hamil.
  4. Gaya hidup – Adakah suami / isteri merokok, gaya pemakanan tinggi caffeine, kepenatan melampau atau stress.

Setelah punca dikenalpasti, barulah mudah untuk kita cadangkan produk kesuburan yang sesuai untuk suami dan isteri.

Set Kesuburan Suami dan Isteri


Vitalea Shaklee - Multivitamin

  • Suami - zinc yang membantu meningkatkan kualiti sperma dan mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat.
  • Isteri  - Formulasi iron dalam vitalea meningkatkan kualiti ovum (telur) dan mengurangkan masalah evolasi yang menjadi salah satu punca ketidaksuburan

Sr Vitamin C

  • Suami - Antioksidan penting bagi menghasilkan sperma yang berkualiti, bilangan sperma yang lebih banyak dan aktif  terutama bagi perokok yang menjadi penyumbang kepada kecacatan sperma.
  • Isteri – Vitamin C yang mencukupi dapat menstabilkan hormon wanita terutama progesterone dimana sangat penting terutama semasa waktu subur.

B-Complex

  • Suami – Vitamin B-12 dapat meningkatkan bilangan sperma dan keaktifan sperma.
  • Isteri – B Complex yang mengandungi B12, biotin, folic acid dapat menstabilkan hormone dan mempersiapkan rahim yang sihat dan sesuai untuk persenyawaan.

ESP Shaklee

  • ESP yang kaya dengan 9 asid amino yang membantu meningkatkan kadar peredaran darah ke seluruh badan termasuk ke uterus yang membantu perkembangan ovum / telur berkuaiti.
  • Salah satu asid amino L-arginine yang terdapat dalam ESP membantu pengeluaran asid  nitrit oksida yang mengurangkan risiko penyakit pcos, fibrod, dan cyst yang menjadi punca penyakit yang melibatkan kesuburan.
  • Asid amino menggalakkan penghasilan sperma yang berkualiti.


Set Kesuburan Isteri





Alfalfa Complex

  • Tumbuhan yang kaya dengan vitamin C, E dan K merupakan superfood yang akan menstabilkan system kesihatan kita.
  • Sifat detox alfalfa membantu mengatasi masalah keputihan yang menjadi punca ketidaksuburan.
  • Merupakan kacip Fatimah moden

GLA Complex

  • Membantu menstabilkan hormone dan membetulkan kitaran haid
  • Mengatasi masalah senggugut
  • Membantu penghasilan cecair kesuburan yang memberikan persekitaran sihat dan selamat untuk sperma dan ovum menjalani persenyawaan


Set Kesuburan Suami


Vitamin E 

  • Meningkatkan bilangan dan kualiti sperma
  • Vitamin E Shaklee yang tinggi antioksidan membantu mengurangkan risiko kecacatan spema.

set kesuburan shaklee


Secara keseluruhannya Set Kesuburan Shaklee, berfungsi untuk mencukupkan nutrisi dan membantu untuk tubuh badan suami isteri berfungsi dalam keadaan terbaik yang meningkatkan potensi kehamilan.

Selepas badan kita berada dalam keadaan terbaik, pasangan perlu mengetahui waktu subur isteri kerana hubungan suami isteri di waktu yang tepat akan meningkatkan potensi hamil.


Selain itu amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, kurangkan pengambilan minuman bergula dan caffein dapat membantu badan kita berada dalam keadaan terbaik untuk hamil.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Lynd Abu Bakar

Klik

Facebook : Lynd Abu Bakar

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13


Tiada ulasan: