101 Impian Menunaikan Umrah


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ayahanda MamaLynd dan Maa dah selamat mendarat di KLIA semalam 12 December 2017. Ya Allah. Syukur alhamdulillah. Debaran menanti kepulangan mereka berakhir. Rindu.. Sendu berada dalam pelukan Maa semalam. Seronok mereka ada depan mata.


Balik rumah abang di Puchong, berkumpul dan berehat disana, ayah ceritakan hal-hal disana. Allah. Hati bagai dicarik-carik. Terharu dengan doa-doa ayah. Ayah cakap pergi lah masa muda dan buat persiapan betul-betul supaya kat sana lancar.

Doa-doa ayah di Raudah buat Lynd tersentuh. Ia ayah. Kak Ngoh akan usaha dan kerja betul-betul supaya Allah jadikan kerja kngah ini sebagai sebab untuk Allah makbulkan doa ayah.



Tangkal pembakar semangat.

1. Duit tu kakngah akan kembali ke Tanah Suci tahun depan.
2. Passport ayah tu akan ayah guna sekali lagi untuk ayah gi haji dan insyaAllah kakngah akan sponser pakej yang selesa untuk ayah.





Tiada ulasan: