Bila Ayah Gi Umrah

Assalamualaikum. Lagi 9 hari. Tiap hari MamaLynd countdown sejak selasa lepas. Countdown kepulangan Ayah dan Maa dari umrah. Entah kenapa rasa sayu sangat tiap kali tengok senyuman gambar mereka.



Mungkin selama ni mereka ada di kampung kita tau mereka berada dalam zone selesa dan selamat mereka. 




Tapi bila kali ni mereka ke tanah suci rasa macam jauh sangat. Hari-hari doa semoga dipermudahkan urusan mereka. Ayah tak sihat sebenarnya tapi digagahkan juga sebab semuanya sudah siap untuk ke sana.




Dengan pemergian mereka ke tananh suci ini baru Lynd sedar yang Lynd belum bersedia lagi untuk kehilangan mereka. Banyak lagi yang Lynd belum buat untuk berbakti kepada mereka.  Peristiwa ini buat Lynd lebih hargai mereka dan nak manfaat sebanyak mungkin masa untuk mereka.

Dan mereka antara push factor Lynd. Sayang Ayah and Maa.

Tiada ulasan: