9 Cabaran Untuk Berjaya Jangan Sabotaj Diri

Apabila kita melihat orang lain Berjaya kita pasti seronok dan kita akan fikir “ bestnya kalau aku pun macam tu” dan kita hanya mampu melihat. Kenapa bukan kita pun seperti mereka? Apa yang menyebabkan kita tidak boleh jadi seperti orang yang kita kagumi itu? Banyak sebab dan cabaran untuk berjaya, perkara pertama yang biasa kita hadapi adalah, sabotaj. Dan sabotaj paling teruk adalah sabotaj diri sendiri.



Disini ada 9 ciri-ciri yang ada pada orang yang suka mensabotaj diri sendiri yang mejadi cabaran untuk berjaya. Jom kita tengok mana tahu salah satunya ada pada kita

 No 1 - "Aku tak pandai” – Benar. Memang kita tak pandai sekarang dan bagus jika kita sedar perkara itu. Jom sambung “Aku tak pandai sekarang dan aku akan belajar untuk buat sampai jadi”. Semua orang memulakan sesuatu dengan “ tak pandai” ban usaha untuk belajar itu yang menyebabkan mereka Berjaya. Jangan sabotaj diri dengan tidak mahu belajar. Jadi bukan salah kita yang tak pandai tetapi salah kita yang taknak belajar.


No 2 - “Aku tak sempat” – Menghalang diri dari mencuba sesuatu yang baru kerana merasakan kita tidak punya waktu adalah salah satu ciri-ciri sabotaj. Kita hanya tidak mahu keluar dari kebiasaan dan rutin harian kita. Sebenarnya lebih banyak kerja, kita kan mencari jalan untuk bekerja lebih cekap. Beri peluang pada diri untuk mencuba dan belajar urus kerja dan masa


No 3 - “Siapa nak jaga anak aku” – Itu alas an biasa untuk ibu yang ada anak kecil untuk tidak berniaga atau bekerja sambilan untuk menambah pendapatan. Anak pembawa rezeki dan kita perlu “kerja” untuk Allah salurkan rezeki itu. Jangan jadikan anak-anak sebagai sebab kita tidak dapat berusaha. Ajar dan didik anak untuk membiasakan diri dengan rutin ibu yang bekerja.


 No 4 - "Aku tiada bakat” – Allah itu adil. Dia berikan setiap hambanya bakat cuma tugas kita untuk kenal pasti dan asah bakat tersebut kemudian gunakan kearah yang baik. Yang penting kita berani mencuba dan terus belajar untuk upgrade bakat kita.


No 5 - “Aku tiada modal” – Perkara pertama bila seseorang ingin memulakan perniagaan pasti mereka fikirkan modal. Modal duit yang besar hanya salah satu modal yang kita perlu ada. Jangan fikirkan yang tiada. Tenung diri dan lihat sekeliling apa yang ada gunakan. Ambil Modal semangat ingin belajar dan gunakan pada perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar dan dengan menggunakan bakat yang kita ada sahaja.





No 6 - “Suami tak support” – Ini antara luahan yang paling ramai orang kongsikan bila ditanya kenapa tidak teruskan berniaga. Dan ramai juga orang yang kita kenal pada asalnya suami tak support tapi apabila isteri tunjukan yang kesungguhan, bisnes yang mereka jalankan tidak mengganggu tugas sebagai ibu / isteri dan hasil yang ditunjukkan berkat dari kerja keras isteri, suami mula percaya dan support. Mereka bukan tidak percaya dengan apa yang kita nak kerja kan Cuma suami perlukan bukti kesungguhan isteri. Jangan sabotaj diri dengan tidak terus melangkah dengan mempergunakan suami atau sesiapa sahaja sekeliling kita sebagai penghalang. Usaha dan buktikan.


No 7 - “Aku tak larat” – Inilah antara perkara yang paling mensabotaj diri. Kita terpaksa meletakkan limit dalam usaha dan kerja kita disebabkan masalah kesihatan. Sakit badan, lemau, lesu, tidur terganggu, badan angin, sakit kepala dan kepenatan. Jaga diri kerana semua contoh diatas bermula dengan pemakanan, nutrisi dan gaya hidup. Google je “cara atasi penat” ada penyelesaiannya. Jangan sabotaj diri dengan “menerima” keadaan diri akibat gaya hidup kita.




No 8 - “Ini takdir ku” – Ini Allah marah. Menyalahkan takdir atas nasib diri sedangkan belum pun berusaha. Mana tahu kita memang ditakdirkan susah selama-lamanya? Pernah tengok nasib kita di Luh Mahfuz? Berapa ramai anak setinggan yang hari ini Berjaya, berapa ramai anak yang ibu-bapa tak berpelajaran kini Berjaya ? Mereka ditakdirkan lahir dalam keluarga susah tetapi mereka usaha kerana mereka percaya usaha mereka boleh mengubah takdir ibu bapa mereka.



No 9 - “Aku syukur dengan apa yang ada. Cukup je ni”- Syukur bukan bermaksud titik noktah untuk terus berusaha. Berusaha bukan bermaksud kita tidak bersyukur. Usaha untuk kehidupan lebih baik kerana orang sekeliling kita perlukan yang lebih baik mungkin bukan hari ini tapi di masa depan.


Ada yang sangkut tak? Kalau ada cepat-cepat buang jauh-jauh dan mula cari penyelesaian bagaimana untuk mengatasi cabaran ini. Yakin diri bahawa kita boleh jadi lebih baik. 

Tiada ulasan: