Cikgu Berhenti Kerja Buat Bisnes Shaklee

[Success story Master Farihah]

Dah lama saya simpan success story ni dalam phone. Sebab awal2 dulu takder group ni lagi.. so aimpan sendiri.. Malam tadi terbaca balik.. bergenang lagii air mata ni.. Impian yang memandu kita untuk terus melangkah..



Seorang guru dan ibu yang tabah..

  1. Jom kita hayati kisah Master Farihah



____________________

"ramai pulak yang bertanya bagaimana saya bermula dengan SHAKLEE.. saya kongsikan cerita ni. Mudah2an menjadi pemula gerak langkah anak2 cucu / pembakar semangat bagi yang dah memulakan ~~~~~~~~~~
Memulakan Shaklee biz, bukan impian saya setahun yang lalu. Meneruskan Shaklee biz secara fulltime , tidak pernah terdetik dalam fikiran saya, setahun yang lalu. Iia jauh dari impian, cita2 mahupun angan2 saya.

Selesai MSc. tahun 2005, saya mula bekerja sebagai pendidik. 6 tahun lebih mengajar, posisi sebagai senior A-Level teacher sungguh empuk, dah banyak cycles mengajar, semua materials, tests, quizzes, assignments, lab procedures , semuanya dalam files, tak payah nak susah2 buat lagi. So, pegi keja, 50% beban dah tiada, Cuma beban lain menghadap students & management. Tu saja. Comfort zone saya Dalam pantang anak ke 4, saya terpesona dengan kecomelan baju2 baby. Hehe. Boleh jugakla kalau nak buat side income sambil2 beli baju anak2 sekali. saya mulakan Surijunior, jual baju baby & kanak2.. ok la jugak, margin untung tinggi, tapi saya tak konsisten. Komitmen terlalu tinggi, fesyen baju berubah2, kena upload gambar selalu, deal sengan sizes, materials.. argghhh.. saya give up. Sesuai untuk orang lain, tidak untuk saya. 

Minggu ke 3 berpantang, saya terjumpa trialpack set B Shaklee. Hmm.. macam nak cuba. Lepas cuba, bagus, bagus sangat.. jadi, memandangkan Surijunior dah ada, saya tak sampai hati nak tutup kedai macam tu saja, terfikir dalam hati, anak pon dah ramai, susah juga nak maintain suplemen, jadi saya cuba mulakan Shaklee biz. Niat mulanya untuk cover suplemen sendiri dalam RM70 sebulan. Beli fullpack set B, asingkan untuk diri sendiri sebulan selebihnya saya repack buat trialpack. 

Nampak Shaklee biz, ada masa depan, saya buat unjuran baru RM600 sebulan, untuk cover suplemen sekeluarga, tapi bonus yang dapat lebih, cecah 1k+ Ntah dari mana datangnya customers, kat sekolah, mulut saya memang terkunci. Memang tak reti nak promote pon  SAYA TIADA ASAS DALAM BISNES, PROMOTION, MARKETING. saya akui. apa yang saya buat selama ni, sharing knowledge, testimoni. Tu saja, sales datang bila customer datang tanya & beli Beberapa lama berniaga, ada yang nak masuk jadi ahli, anak sulung saya Shuhada Nazir, kemudian Farwizah kemudian Shaza dan seterusnya. oh tidak! Saya tak tau apa2 pasal MLM. Downline? Leadership? Recruit ahli? *pengsan* Saya buka biz manual. Dah berabuk kott.. Baru TERBELIAK MATA BACA OFFER SHAKLEE...haha.. 

Mula dari situ, saya struggle dengan Shaklee, dengan bantuan Iffah, saya dapat jadi supervisor. Kini, selepas setahun, saya menikmati income lebih 3 kali ganda gaji dahulu. Alhamdulillah.. 

Dengan izin Allah, dengan perancanganNya yang maha rapi, Rezeki anak2, Car bonus DAN coordinator saya dapat pada bulan yang sama. Alhamdulillah..

Jika anda merasakan biz ini susah, tak tahu nak mula dari mana. Berhenti dari berfikir yang bukan-bukan. SIT DOWN & WRITE YOUR DREAMSSSS. Pasti selepas itu, anda tahu dari mana harus dimulakan, bagaimana memulakannya & untuk apa menjalankannya.

Saya bermula seperti anda semua, atau mungkin lebih teruk dari kalian :
# Bekerja dari 8-4pm, kadang2 meeting sampai 6pm
# Menguruskan 4 anak dengan 1 menyusu badan eksklusif, tanpa maid
# Suami sibuk sebelah malam dengan classes, hampir setiap hari saya menguruskan anak2 & memantau kerja sekolah, mengaji sendirian
# Buat promo & ambil order sambil menyusukan anak
# Pack barang sehingga lewat 3-4pagi
..... macam2 lagi

Semua ni boleh menjadi ALASAN saya jika saya tak ingin Berjaya, tak ingin pasif income, tiada keinginan yang kuat untuk melihat kebh ramai yang sihat dengan SHAKLEE dan saya sebenarnya mampu menyenaraikan LEBIH BANYAK LAGI ALASAN. 

Sekarang, semuanya hampir berubah. Masa bersama anak-anak sungguh istimewa. Walaupun saya sibuk dirumah, Rumah kadangkalanya lebih bersepah dari dulu , namun, saya bahagia dengan celoteh & cerita mereka sepanjang perjalanan menghantar & mengambil mereka dari sekolah, sepanjang berada di rumah. Lebih dari itu, saya membantu suami menyelesaikan bayaran2 tertunggak & bil-bil. Yang paling membuatkan saya terharu, tahun ini adalah tahun pertama saya menghulurkan duit raya 4 angka kepada makayah.

ANDA BERANI BERMIMPI?? Ya, saya berani untuk bermimpi :
>>Berpencen dengan Shaklee seawal usia 35tahun
>>Menikmati masa dengan anak2 SEPENUHNYA seawal 35tahun
>>Kembali settle down di kampong, Menjaga ibu bapa / ibu bapa mertua SEPENUH MASA seawal 35tahun
>>Menghulurkan pencen sekurang-kurangnya 4 angka pada ayah & mak 
>>Menikmati pasif income 50k seawal 35tahun (dulu saya project 20k, tapi lepas setahun dah 3 kali gaji dulu, jadi buat projection baru.haha)
>>Bebas dari semua loan – pengajian, rumah, kereta semasa 45tahun
>>Menjadikan Saidatina Khadijah sebagai idola, Mukminah kaya, hartawan terbilang yang menyokong suaminya dengan hartanya ke jalan Allah

Ada lagi? Ya BANYAK LAGI impian saya....... 

Keluarkan cerita anda, KOREK IMPIAN ANDA YANG TERPENDAM, jadikan push factor. Perkongsian saya, sekadar perkongsian untuk kebaikan semua. Anda boleh jadikan Shaklee fulltime biz atau part time biz. Tak semestinya berhenti kerja, takde sapa suruh.. tetapi, memandang ke hadapan, menjadi lebih futuristic, Part time atau fulltime biz, kita sebenarnya perlukan biz ini untuk PASIF INCOME DI USIA EMAS kita. 

Fikir bila kita dah umur 40++, alangkah baiknya, jika kita ada pasif income tiap-tiap bulan 3-10k. Usia sebegini, kita boleh dengan tenangnya tukar focus tenaga kita daripada bekerja untuk mencari duit kepada bekerja untuk mencari keredhaan Allah, sebab duit memang dah bulan2 dapat, tak payah risau lagi.

Selamat Berjaya untuk semua. Saya disini hanya membantu sekadarnya, selebihnya terpulang kepada diri sendiri. Fikirkan kehidupan yang lebih baik. 

Surirumah 5-angka bukan sekadar title.....
Menjana income 4 hingga 5 angka dari rumah BUKAN CERITA DONGENG....
Financial Freedom bukan sekadar slogan

Ia benar-benar berlaku jika kita PERCAYA, YAKIN, SABAR, USAHA, DOA & BERTAWAKKAL
_________________________

Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk semua..

Kita.. takkan nak pandang je?
Taknak create success story kita sendiri?
Jom Mula design success story kita dari sekarang..

Lynd - Creating My Own Success Story

sesiapa sahaja. 





    Ada yang tahu mengenai peluang bisnes Shaklee ? Jangan segan-segan untuk whatapps dan insyaAllah Lynd boleh terangkan.

    Hubungi :

    Lynd Abu Bakar

    Klik

    Facebook : Lynd Abu Bakar

    Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13

    1 ulasan:

    Ajuya Rashid berkata...

    Kita tengok dan tiru la dia buat.hehe...admire sangat dengan style kak eha ni. sempoi baq hang