Peluang Perniagaan Untuk Suri Rumah

Puan Shairne Omar berkahwin di usia 19 tahun dan selepas 8 tahun beliau merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang bergelar surirumah berpendapatan yang mampu membuatkan suami beliau berhenti kerja dan sama-sama menjalankan perniagaan Shaklee.

peluang perniagaan surirumah
Puan Shairne Suri Rumah berjaya dengan Shaklee


Beliau berjaya membuktikan yang dengan hanya kelulusan SPM dan bergelar suri rumah kita mampu menjana pendapatan yang kukuh dengan hanya dari rumah.

Alhamdulillah. Lynd berpeluang mendengar perkongsian dari Puan Shairne sendiri bagaimana badan yang sihat dapat mengeluarkan beliau dari kesempitan kewangan. Bagaimana Allah uji dengan alahan yang teruk sehingga tidak dapat menjahit tempahan pakaian dan mengganggu kewangan beliau.

Beliau suka berniaga kerana Puan Shairne nak beli keperluan seperti alat mekap dengan duit sendiri walaupun suami benarkan dan berikan duit belanja. Perniagaan pertama yang beliau ceburi adalah menjual tudung dengan mengambil stok dari peniaga pasar malam dan menjualnya kepada rakan-rakan.

Tetapi perniagaan pakaian dan tudung bergerak terlalu pantas mengikut trend semasa dan berisiko kerana selepas modal stok dikeluarkan tidak semua tudung jadi pilihan pelanggan.


Semasa tahun 2012, selepas berhijrah dengan memakai niqab beliau mula menjahit pakaian kawan-kawan yang sesuai dengan wanita berniqab. Sikit demi sedikit beliau menjahit niqab, buat vail, jahit manik dan lain-lain.









Tetapi selepas disahkan hamil kembar, beliau mengalami alahan teruk sehingga kerja-kerja menjahit terganggu. Dalam masa yang sama tekanan dirasai bila ada pelanggan yang marah apabila tempahan merela tidak siap dan waktu yang sama pendapatan Puan Shairne pun mula terganggu.

peluang perniagaan surirumah

Alahan yang teruk menyebabkan Puan Shairne tidak dapat menjalankan kerja menjahit.

Beliau mula mencari penyelesaikan kepada masalah alahan dan disebabkan itulah kali pertama Puan Shairne terjumpa dengan produk Shaklee yang dapat membantu ibu hamil kekal bertenaga dan mengurangkan kesan alahan.

Produk pertama yang Puan Shairne cuba adalah Set Hamil Shaklee dan alhamdulillah kesihatan beliau bertambah baik dan tenaga beliau semakin pulih walaupun beliau disahkan hamil kembar. Dan beliau dapat kembali menjahit dan menyelesaikan segala tempahan.

Subhanallah, nikmat sihat dapat membuatkan Shairne menjahit kembali. Beliau mengumpul duit untuk membeli kelengkapan baby kembar dengan hasil jahitan. Sifat Puan Shairne yang suka ada duit sendiri berjaya meringankan beban suami beliau yang merupakan pemandu lori bahan binaan.

Nikmat sihat, pada hari yang sepatutnya Puan Shairne ke hospital untuk menjalani pembedahan beliau masih menjahit menyiapkan tempahan. Sepatutnya beliau ke pejabat pos terlebih untuk menghantar hasil jahitan tetapi beliau mula rasa contraction dan rezeki Allah beliau berjaya melahirkan anak kembar beliau secara normal dihari yang beliau dijadualkan menjalani pembedahan.

Begitu kental semangat Puan Shairne dengan berbekalkan badan yang sihat dan bertenaga ikhtiar dengan Set Hamil Shaklee.

Selepas bersalin beliau diuji lagi kerana perlu mengumpul duit untuk majlis akikah. Pendapatan suami beliau terganggu apabila kerap cuti kerana bayi ada masalah demam kuning. Beliau nekad untuk kembali menjahit selepas sahaja bersalin. Nada Puan Shairne berubah ketika ini mengenang saat manik berterabur, jari tercucuk jarum, dengan bayi di kiri kanan yang perlu disusukan.

Alhamdulillah majlis akikah dapat dilaksanakan semasa hari ke  selepas kelahiran bayi kembar mereka. Kental betul Puan  Shairne.

Semasa majlis akikah berlangsung, ramai orang yang pelik dengan keadaan beliau. Walaupun baru lepas bersalin, Puan Shairne kelihatan bertenaga dan sihat melayan tetamu yang datang. Ramai yang mula bertanya jamu apa yang Puan Shairne amalkan hingga proses pemulihan sungguh cepat. Dan semestinya Set Berpantang Shaklee lah yang beliau amalkan.

Untungnya dengan Set Berpantang Shaklee ini adalah ia ada sambungan kepada Set Kehamilan Shaklee jadi sangat jimat dan tidak perlu pening-pening nak cari set berpantang yang berbeza.

Selepas bekalan supplement sudah habis, Puan Shairne minta izin suami untuk daftar ahli untuk dapatkan Shaklee dengan harga lebih murah dan selepas mendaftar barulah beliau sedar yang Shaklee adalah sebuah perniagaan yang sangat mudah. Kerana tanpa kelulusan yang tinggi atau sebarang kepakaran dalam bisnes sesiapa sahaja mampu untuk berniaga kerana apabila mendaftar, ahli akan diserap masuk ke group whatapps.

peluang perniagaan shaklee

Di group whatapps, selain ilmu kesihatan yang dikongsikan ahli-ahli saling membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan masalah kesihatan pelanggan. Mereka bukan hanya mengejar sales tetapi mereka bersemangat membantu menyelesaikan masalah orang lain.

Dari situ lah Puan Shairne mula jatuh cinta dengan Shaklee. Berbekalkan pengalaman sendiri yang menggunakan produk Shaklee, beliau mula berkongsi mengenai produk Shaklee dan dari situlah bisnes beliau mula berkembang.

peluang perniagaan shaklee
Beliau mampu membeli kereta hasil pernigaan Shaklee menggantikan kereta lama beliau.

Dan hari ini Puan Shairne merupakan salah seorang yang berjaya dalam Shaklee dan beliau berjaya membuatkan suami berhenti kerja dan sama-sama menjalankan perniagaan dari rumah. Alhamdulillah.

Kesimpulan yang Lynd boleh ambil dari kisah Puan Shairne adalah

  1. IBU KENA SIHAT - Badan yang sihat dapat mengeluarkan kita dari kesempitan dan tekanan hidup
  2. BERKONGSI - Jika kita ada masalah atau tahu mengenai manfaat sesuatu produk, kongsikan kerana kita dapat bantu orang lain keluar dari masalah mereka.
  3. BELAJAR - Jangan berhanti belajar. Sentiasa belajar dan usaha lebih untuk mendapat hasill yang lebih.
  4. SIAPA KITA TAK PENTING - Apa pun kelulusan, atau siapa pun kita, jika kita mahu berjaya dan sedia untuk memberi peluang pada diri untuk belajar kita mampu berjaya.
  5. BANTU - Jaga niat, sentiasa membantu orang untuk berjaya dan keluar dari masalah mereka.


Ketahui lebih lanjut mengenai  Peluang Perniagaan Shaklee.








Ingin menyertai kami di Vitalynd Empire

Whatapps dan berkomunikasi terus dengan Lynd Abu Bakar untuk tujuan pendaftaran dan pembelian produk.





Tiada ulasan: