Persiapan Menyambut Bayi Pertama Dari Segi Emosi

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ini Lynd akan kongsikan Persiapan Menyambut Bayi Pertama terutama dari segi emosi. Dari segi material seperti kelengkapan baju dan perobot pasti banyak blog lain yang sudah kongsikan tetapi ramai yang lupa tentang persiapan emosi kerana teruja dengan kelahiran orang baru. 



Apa persiapan emosi yang dimaksudkan ?


1. Waktu Tidur - Rehat yang tidak cukup akibat dari bayi yang perlukan perhatian tidak tentu masa. Bersiaplah untuk malam yang panjang kerana bayi akan kerap bangun tak kira masa termasuk malam. Jadi ibu kena bijak curi masa untuk makan, berehat dan tidur. 



Jika ada kesempatan semasa bayi tidur, bolehlah tidur bersama dan jangan buat perkara yang kurang penting seperti menonton television atau menghadap telifon kerana kita tidak dapat menjangkakan bila dan berapa lama bayi kita akan tidur.

2. Kelesuan - Kesan dan proses pemulihan selepas hamil dan proses bersalin mengambil masa yang lama. Dan kesan ketara boleh dilihat dari segi tenaga yang bercampur dengan penat menjaga bayi dan juga proses pemulihan.


Keadaan akan menjadi semakin parah apabila ada yang mengamalkan proses berpantang yang terlalu ketat sehingga ibu tidak mendapat nutrisi yang secukupkan untuk proses pemulihan.

3. Tekanan Untuk Berikan Yang Terbaik - Pasti persiapan menyambut anak pertama adalah paling mengujakan kerana kita ingin berikan yang terbaik. Tekanan yang paling hebat adalah usaha untuk memberikan susu ibu kepada bayi. Dengan ibu yang pertama kali dan juga kekurangan ilmu dalam penyusuan susu ibu pasti membuatkan ibu tertekan apabila kita merasa "penyusuan susu ibu ini susah"



4. Sayang Nak Tinggal Anak - Ramai sebenarnya yang sudah berhenti kerja selepas bersalinkan anak pertama kerana tidak percaya untuk orang lain menjaga bayi kesayangan. Dengan pelbagai kes penderaan dan kelalaikan pengasuh pasti membuatkan ibu gerun.

5. Anak sakit - Ini menjadi tekanan yang hebat kepada ibu. Risaukan anak yang kerap tidak sihat ditambah lagi terpaksa keluar bekerja walaupun anak tidak betul-betul sembuh. Hanya ibu yang benar-benar kental sahaja yang mampu dan ibu terpaksa untuk kental bagi meneruskan kehidupan.


Jadi Apa Persiapan Menyambut Bayi Pertama?


  • Persiapkan diri dengan Set Berpantang yang dapat membantu ibu memulihkan tenaga dengan cepat. Selain rehat yang cukup dan pemakanan yang seimbang, keperluan nutrisi ibu semasa berpantang juga kritikal untuk kesihatan ibu. Set Berpantang Terbaik dan Testimoni Set Berpantang Shaklee
Set berpantang Shaklee


  • Persiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu dengan menghadiri kelas penyusuan sebelum bersalin. Apabila kita faham bagaimana susu ibu dihasilakan kita takkan rasa down bila kita mengadapi cabaran semasa dalam pantang. Boleh juga menghubungi Peer Counselor di bawah MBFPC untuk membantu memberikan khidmat sokongan penyusuan secara percuma.

  • Backup Plan - bagi yang berat hati untuk meninggakan bayi dibawah jagaan orang lain jika kita perlu keluar bekerja, boleh consider untuk mulakan perniagaan sampingan dari hamil lagi. Antara perniagaan yang paling mudah adalah perniagaan online seperti yang Lynd jalankan sekarang. Jika kita perlu berhenti kerja selepas bersalin sekurang-sekurangnya kita sudah ada persiapan dari segi kewangan. Peluang Perniagaan Shaklee






Persiapan emosi tidak boleh diabaikan kerana selepas kelahiran anak pertama ibu kena biasakan diri bahawa hidup ini bukan untuk kita semata-mata tetapi ada jiwa dan nyawa yang perlu dijaga. Ibu kena kekal sihat dari segi tubuh badan dan emosi demi yang tersayang.

embelian produk menggunakan kaedah bank transfer atau konsultansi produk 

Hubungi : Lynd Abu Bakar

Klik Disini


Facebook : Lynd Abu Bakar

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13



Tiada ulasan: