Rutin Suri Rumah Yang Buat Bisnes Online

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Beberapa hari lepas Lynd terbaca mengenai "confession" seorang suri rumah yang penat dan tertekan dengan rutin beliau sebagai suri rumah yang menjaga 2 orang anak lelaki. Lynd tak nk komen panjang mengenai itu tetapi tidak dinafikan bahawa kepenatan boleh menjadi punca kepada tekanan dan ketidak stabilan emosi. Jadi hari ini Lynd nak kongsikan rutin Lynd sebagai surirumah yang buat bisnes online.





Lynd ada buat FB Live Rutin Suri Rumah Yang Buat Bisnes Online




Tips untuk sentiasa positif dalam kehidupan sebagai suri rumah adalah

Tips 1 : Senarai


Senaraikan kerja yang perlu dibuat dan tentukan keutamaan supaya kita dapat selesaikan yang pentimg dari membuang masa pada perkara lain.


Tips 2 : Rehat dan Cari Hiburan


Mama perlu rehat dan bersantai. Boleh tengok tv tapi berikan had masa. Contoh jangan semua rancangan dari pukul 2 petang sampai maghrib adalah kegemaran kita. Pilih rancangan kegemaran dan lepas habis je cerita tersebut terus matikan. Jangan terjebak dengan cerita seterusnya. Macam Lynd sekarang layan Aurora antara kol 6-7 ptg, sambil tu boleh bersantai sambil lipat baju ka tak pun gentel anak. Kol 7 terus matikan TV jangan pulak layan Dolce Amour, heeee..



Tips 3 : Had Masa


Paling mudah kita sebagai ummat islam adalah jadikan waktu solat tu partian kepada setiap aktiviti kita. Contoh waktu zohor kita target kena siap masak. Terus solat dan qualiti time dengan anak dengan makan bersama dan siapkan mereka ke sekolah KAFA. Selesaikan kerja sebelum asar jadi selepas itu kita dapat rehat dan baring kejap sebelum ambil anak kol 5.30. Bila kita tentukan had masa kita takkan drag buat sesuatu perkara terlalu lama sampai mengabaikan tugas lain.


Tips 4 : Belajar Menerima


Ada orang terlalu nakkan kesempurnaan sampai sendiri penat dan mengganggu emosi. Ok je lepas lipat baju kita minta tolong anak masukkan baju dalam almari, tapi disebabkan anak letak senget-senget kita tak boleh terima dan kita lebih buat sendiri. Lower down standard akan buat kita lebih tenang. tapi kalau high standard yang anda suka dan tidak stress tu ok.


Tips 5 : Mama Sihat


Kepenatan atau badan sihat buat akan segalan perkara terganggu termasukllah emosi. Bila emosi tercabar maka anak dan suami akan terima tempias. Cari solution untuk setiap masalah kesihatan. Sebagai contoh, kalau sakit badan boleh ambil ostematrix, kalau selalu lesu boleh ambil ESP  Shaklee dan sebagainya. Amalkan gaya hidup sihat dengan jaga pemakanan kerana makanan menjadi punca toksin tinggi dan kita perlu kerap detox untuk stamina yang lebih baik.

Harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada kawan-kawan dalam menyusun rutin harian sebagai suri rumah dan juga membuktikan bahawa kita masih sempat untuk menjalankan perniagaan jika kita benar-benar merancang dengan baik.





Ingin menyertai kami di Vitalynd Empire

Whatapps dan berkomunikasi terus dengan Lynd Abu Bakar untuk tujuan pendaftaran dan pembelian produk.




Tiada ulasan: